Aktifkan Dirimu

Setelah hampir 4 semester ye haikal tak mengaktifkan diri dalam aktiviti persatuan oleh kerana ke’busy’an yang melampau, at last haikal join jugak satu aktiviti dibawah naungan PRSP yang diberi nama Kem Kepimpinan Diri. Apa itu PRSP? Ha, lu pikir la sendiri. Haha.

Ok la. Haikal terangkan sikit PRSP tu amende. Kalau korang dah tau, korang buat-buat tak tau je la ye. Heh. PRSP ni satu persatuan yang wujud kat mana-mana IPT kat Malaysia ni. Kat sekolah-sekolah pun ada cuma kat sekolah lebih dikenali sebagai KBK. PRSP stand for Pembimbing Rakan Siswa. KBK pulak stand for Kelab Bimbingan & Kaunseling. So, dengar nama persatuan ni pun korang dah boleh agak kan apa fungsinya. So, rasanya tak perlulah nak terangkan lebih detail.

Ok go! sambung balik. Taknak lebih-lebih. Nanti korang kata haikal promote PRS pulak kat sini. Haha. Ok. Kem berlansung selama 3 hari 2 malam bertempat di kem Tok Sekah, Teluk Senangin, Lumut, Perak. Antara aktiviti yang haikal join masa kem tu aktiviti rempuh halangan, flying fox, abseiling, jungle tracking, rempuh halangan, teknik apungan, ikhtiar hidup. Tapi sedih la sebab tak sempat nak join aktiviti berakit. Tak cukup masa. Penat group haikal tunggu turn. Dah la tunggu lama gila. Siap boleh main baling-baling buah kelapa, main korek-korek tanah, carik ketam dan sebagainya. hehe.

Aktiviti malam sepatutnya aktiviti yang mencabar tapi hujan la pulak. Lebat jugak. So, malam tu just duduk diam-diam kat dewan, main konji-konji. Konji-konji? Apekah? Ha, post akan datang haikal akan story sikit apa tu konji-konji ok. Sikit je. Dalam banyak-banyak aktiviti tu, yang paling haikal menyampah sekali aktiviti jungle tracking. Apsal? Bukan pasal takut hantu ke, binatang buas, lipan whatsoever tapi sebab tak suka betul kalau kena gigit dengan pacat. Maklumla, budak bandar. Mana penah tengok pacat kan? haha. Bukan tak suka sebab takut kat pacat ke ape. Pacat ni kalau sekali dia hisap darah, dia takkan lepaskan sampai dia kenyang. Pastu bekas luka gigit dia tu berdarah meleleh-leleh tak berenti. Tu menyampah tu. Nak solat pun susah. Nak cari plaster celah mana nak cari kat tengah-tengah hutan tu tak? Bukannya ada 7-eleven.

Overall aktiviti keseluruhan ok la cuma ada la sikit cacat cela yang haikal dapat spot untuk aktiviti kem kali ni. Kem ni dibuat oleh konsultan. So, PRSP just bayar kat konsultan untuk handle aktiviti ni tapi haikal tengok konsultan ada sikit kekurangan dari segi pentadbiran. Kitorang tak diberi tentatif program. Arahan cuma diberi dari mulut ke mulut. So, agak sukar la kita nak tau aktiviti apa yang kita kena follow lepas tu. Terpaksa la menunggu arahan dari ‘Chief Komander’. Heh. Fasiliti pun ada yang tak berapa nak complete. Aktiviti kerohanian dengan motivasi pun diorang tak jalankan. Takde lansung. Yang paling tak tahan tu meluat tengok  segelintir pelatih yang gatal dengan peserta-peserta gadis. Main tahan-tahan la, tangkap gambar la. Ish, jeles i tengok tau. Nak join jugak! hahaha.

Overall ok la. Yang haikal sebut tadi tu semua silap konsultan. So, kalau nak buat aktiviti under konsultan, pilih la konsultan yang betul-betul. Jangan pilih yang main-main + gatal. Kalau haikal, haikal lebih suka konsultan yang garang-garang sikit, yang tegas. Baru la nampak kem kepimpinan kan. Sape-sape yang tak pernah join aktiviti outdoor tu bila lagi nak join? Joinkanlah diri anda. Bila lagi nak berkubang dalam lumpur? Bila lagi nak kenal dengan pacat kan? Huhu. Kalau ada lagi aktiviti macam ni haikal nak join sangat kalau ada kelapangan. PRSP, pasni buat la kat tempat jauh-jauh skit ye. Sabah ke, Sarawak ke. Hutan Melintang ke… hehehe.

2 Comments »

  1. AiZa Said:

    betul3…
    pacat tu mmg x bleh bla sungguh…
    ade ke chief kmander tu kata kte kna ggit pacat coz bdk bndar..
    x patut3..
    yg penting kmpulan dpat join sume aktvti..
    yey…
    lgpun x sume benda perfect ye abg haikal..
    heheh…yg baik tu kte ambik n yg x baik tu x yah la ye..
    ape2pun prsppsas ttap di hati..


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: