Sehari Bersama WordPress

Salam dan selamat petang buat semua. Kenapa selamat petang? Kan post ni publish tengah-tengah malam buta? Apa kejadahnya haikal ni. Gilo ko? Hahaha. Haikal ingat lagi pesan cikgu haikal masa haikal darjah enam dulu. Cikgu haikal cakap selamat malam di’wish’kan time individu tu nak masuk tido. So memandangkan korang tak masuk tido lagi, of kos la kan sebab kalau korang tengah tido, macam mana pulak la kan korang nak baca entry ni. Ahaks. Loyar buruk lak haikal ni. Lempang laju-laju sat lagi baru tau.

Ok, back to the topic. Pengalaman haikal selama sehari suntuk la pakai wordpress. Pening kepala la. Sehari suntuk dok mengadap benda ni je. Banyak sangat benda-benda baru yang haikal tak tau nak pakai. Widget-widget tu. Adoi. Sebenarnya haikal nak tempek chatbox tapi nak tempek HTML chatbox tu kat mana pun haikal tak tau. Pastu haikal pun tak tau macam mana nak tau sapa yang follow blog haikal. Pastu nak follow blog orang lain macam mana pulak. Pastu macam mana la pulak kita nak tau kalau orang yang kita follow tu dah update blog dia kalau blog dia tak sediakan email subscribe. Kalau kat blogspot senang la kan sebab kat bahagian dashboard tu dia dah abis dok tayang semua. And then apakah pula function RSS feed? Oh wah. Banyak betul benda yang haikal tak tau lagi ni. Ada sape-sape nak ajar haikal? Haikal bagi upah roti canai dengan teh tarik dengan dunhill sebatang. Ok go!

Sambil-sambil menaip ni, haikal selak-selak manja sikit you tube. Nak cari video lain, terjumpa pulak video lain yang agak funny la. Gelak je tengok. Asalnya nak cari video klip iklan pasal topi keledar untuk final projek nanti. Untuk final projek nanti, group haikal nak buat satu projek yang agak mega. Apakah projek mega itu? Group haikal nak buat optimus prime ke? Ataupun group haikal nak buat star scream? Ahaks. Haikal loyar buruk lagi. Amik kau penumbuk. Dush~ Untuk final project nanti, group haikal akan cuba buat penambah baikan kat helmet untuk pastikan penunggang motosikal akan ikat tali helmet dorang. Macam mana group haikal nak buat? Ha, sem depan time pameran final project jemput datang la ye gerai kitorang. Video yang haikal maksudkan kat bawah ni ha. Haikal tau ada antara korang yang dah penah tengok klip video ni. Haikal pun dah penah tengok tapi layan je la sama-sama ok?

Gaduh siap ada subtitle lagi tu. Tak boleh tahan. Haha. Adik-adik semua jangan buat kat rumah tau. Tak pasal-pasal kena pelangkung dengan mak abah nanti.

Jauh dah melencong dari topik. Haikal kalau membebel macam ni la jadinya. So, kawan-kawan yang masih berblogspot, bila lagi nak tukar jadi wordpress? Jom la join haikal pakai wordpress. Kita study wordpress sama-sama. Pastu kita pekena roti canai ngan teh tarik. Ada bran?

p/s : haikal teringin nak tengok cerita devil whisper (santau). Ekekeke. Sapa nak temankan haikal??

2 Comments »

  1. budak hostel Said:

    cita santau?
    nak tgok gak =P


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: