Wish List 2010

“Picture removed by author”

Cuti semester bermula jugak akhirnya setelah penat 5 bulan lebih bertungkus lumus belajar untuk final. Bertungkus lumus belajar? Iye ke haikal ni? Petang-petang tengok asyik tido je. Wupss. Terlebih sudah. Hakhak. Apapun haikal tetap happy. Ye la. Cuti. Sape yang tak suka cuti kan tapi ready la korang sume wahai budak-budak poli, termasuk haikal sendiri. 31 Disember ni result final exam dah keluar. Hohoho. Good luck untuk korang dan untuk diri haikal sendiri!

Pejam celik pejam celik, tahun 2009 dah nak sampai ke penghujung. Tak sangka kan? Rasa macam baru je semalam sambut new year. Lagi 11 hari dari tarikh entry ni ditulis akan genap la usia bumi 2010 masihi. Dah tua kan bumi kita? Ingat lagi tak azam baru korang tahun ni? Macam mana achievement azam korang? Tercapai tak? Time tu konfom macam-macam azam baru korang kan. Nak berenti rokok la, nak kerja kuat-kuat, nak belajar rajin-rajin, nak simpan duit, nak pakai kapcai superbike la. Pastu azamnya tahan sebulan je. Lepas tu lebur ntah kemana. Betul kan? Macam mana haikal tau ni? Sebab haikal pun sama macam korang jugak. Ahaks~ Jangan marah. Saya orang susah. Jangan saman saya. Hehe. Haikal tau korang semua tak macam tu. Segelintir je. Haikal dalam golongan yang segelintir tu la. Hangat-hangat najis ayam.

Apa yang korang hajatkan sangat tahun 2010 ni? Haikal dah buat wishlist dah apa yang haikal nak sangat tahun depan. Haikal nak jugak. Tak pedulik. Antaranya:

  • Nokia 5800 expressmusic
  • Domain & Hosting

Nokia 5800 expressmusic

1st time haikal nampak henpon ni haikal terus jatuh cinta. Oh~ Haikal nak sangat henpon ni. Kenapa ek haikal suka sangat henpon ni? Sebab henpon ni ada touch screen, ada gps, 3G, external memori 18mb, bunyik base yang giler superb. Pastu boleh masuk MMC sampai 16GB. Awek haikal pun pakai henpon ni. Nak jugak pakai henpon ni tahun depan. Tak pedulik. Saya sudah jatuh cinta❤

Domain & Hosting

Haikal target tahun depan haikal akan ada hosting dan domain sendiri. Teringin jugak nak ada domain sendiri. http://sirhighcarl.com. Walaweyh~ Gempak siot. Huhu. Kalau ada domain mesti kena ada hosting kan. So, insyaallah dalam masa terdekat ni, kalau ada rezeki, tercapai la impian haikal tu. Insyaallah.

Takkan dua tu je kot wishlist haikal? Sebenarnya ada banyak lagi. Tu antaranya je. Kalau nak tulis semua, sampai esok pagi pun tak habis lagi kot menaip. Huhu. So, kawan-kawan, apa wishlist korang pulak untuk tahun depan? Jom la share sekali dengan haikal. Kita main komen-komen kat bawah ni ok? Jom.

5 Comments »

  1. budak hostel Said:

    oh ya, lupa lak..
    jom exchange link..
    da letak link awk kt blog sy ^^

  2. Maxx Said:

    Heheh.. gambar apa tu… pasal tu maxx x suka wat remote linking… kadang2 owner boleh ubah gambar tu ikut suka dia..

  3. n.a.p Said:

    err, nape ek kal ko taruk gmbo yg sebegitu kt entri ni?
    indah ke?
    ish kau ni…
    ish..
    ish…..

    • highcarl Said:

      So sorry. Link gambar amik direct dari internet. Patutnya gambar lain. Sekali gambar lain pulak yang keluar. Owner gambar dah ubah la tu. Gambar dah diremovedkan oleh haikal. Haikal pun baru perasan tadi. Sorry a lot to all readers.


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: