Hari, Peristiwa & Kelebihannya

Hari isnin hari yang paling boring. Sape setuju dengan haikal angkat tangan! Rasanya majoriti akan mengatakan ya. Hohoho. Ye la. Kalau budak-budak sekolah tiap-tiap isnin ada perhimpunan sekolah. Naik lenguh kaki berdiri dengar cikgu besar membebel-bebel kat depan tu. Entah apa-apa dia bebel. PIBG la, program Nilam la whatsoever. Budak-budak pedulik apa kan? Who cares. Kalau workers pulak, tak kisah la gomen ke private, isnin tu rasa liat sangat nak pergi ofis. Memang la liat. Direct dua hari membuta, tetiba kene pergi ofis la pulak kan. Kalau student IPT? Hari-hari adalah hari yang membosankan. Itu adalah fakta ok.  Hari yang tak bosan adalah hari sabtu, ahad, public holiday, study week dan hari kelas batal. Yeah~

Hari yang paling bahagia pulak? Kira hari yang paling syok la. Hari yang betul-betul how liaw. Kalau haikal, haikal akan pilih hari jumaat sebab hari jumaat dapat keluar rehat awal. Boleh ponteng semayang jumaat. Pukul 12 dah boleh keluar rehat pastu masuk ofis balik pukul 3. Wow, syoknya raya! Pastu petang jumaat dah free sampai la ahad malam. Bahagia beb. I luv u so much la jumaat. Kiss kat pipi. Muah muah.

Haikal terfikir nak tulis entry ni kan sebab tadi time haikal tengah melayari internet dengan bahtera HP540 berjuragankan Google Chrome, haikal ada terbaca satu artikel bertajuk kelebihan hari-hari tertentu kiriman dari Inazz. Dari website mana ntah, haikal tak sempat nak copy link dia. Sempat copy isinya je. Hohoho. Dan, haikal rasa tak salah kot kalau haikal copy entry tu pastu tempek kat sini untuk kita share sama-sama. Benda baik kan. Artikel kat bawah ni merupakan kelebihan dan jugak peristiwa yang pernah berlaku pada hari-hari yang kita tempuhi sepanjang hidup kita.

Hari Isnin

Peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah…

1. Naiknya nabi idris ke langit.
2. Nabi musa a.s berangkat ke bukit thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat nabi muhamad dilaporkan.
6. Hari wafatnya nabi muhamad s.a.w

Hari Selasa

1. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
2. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
3. Tukang sihir firaun tewas  dengan mukjizat nabi musa.
4. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
5. Habil terbunuh.

Hari Rabu

1. Allah meneggelamkan qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan firaun beserta semua pengikutnya.
3. Allah menghancurkan raja namruz bin kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis

1. Nabi ibrahim bertemu dengan raja mesir.
2.Saudara-saudara nabi yusof berjumpa dengan nabi yusof setelah mereka membuangnya.
3. Bunyamin iaitu saudara kecil nabi yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof.
4. Nabi yaakub datang ke negeri Mesir juga.
5. Nabi musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara rasulullah s.a.w  dengan siti aisyah binti abu bakar.
7. Pernikahan antara ali bin abi talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh nabi muhammad s.a.w sebagai hari tipu daya sebab,

1.Kaum nabi nuh membangkang kepada nabinya.
2. Kaum nabi saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3.Saudara-saudara nabi yusof mengkhianati nabi yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi.
4. Firaun mencabar nabi musa
5. Orang-orang yahudi cuba membunuh nabi Isa a.s tetapi allah mengangkat nabi isa ke langit.
6. Orang-orang quraisy menipu dan mencabar nabi muhamad di darun nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah allah dengan menagkap ikan.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

So, antara tujuh hari tu, hari jumaat la yang paling banyak fadhilatnya. Tak hairan la kan hari jumaat lebih dikenali sebagai penghulu segala hari. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Hari ni pulak (selasa) hari yang paling menyedihkan buat haikal. isk ;(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: