Belajar vs Bekerja

14 disember 2009. Tu la hari terakhir haikal bergelar budak sem 5 kat poli. Tahun depan dah jadi sem 6. Pejam celik, semester akhir sudah. Sem 6 banyak killer subjek. Termodinamik, kaji daya bahan, kaji daya mesin. Oh… Menyesal kot haikal amik mechanical engineering. Hohoho. Tapi satu je kelebihan belajar kat poli kalau nak dibandingkan dengan IPT lain. Subjek kat poli semua bahasa melayu. Yeay! Kecuali bahasa inggeris ok.

After habiskan diploma semester depan, mesti ramai budak-budak diploma especially budak-budak poli terpikir-pikir whether nak sambung study ataupun nak terus kerja. Kita ambik yang positif dulu ok. If buat further study,  masa depan kat alam pekerjaan nanti lebih terjamin lagi-lagi yang amik course berani mati macam mechanical engineering. Pasaran kerja sentiasa ada. Kerja pun bagus. Nak naik pangkat pon sonang. Starting gaji pun ok. Kira masyuk gak la. Macam best je sambung study nih.

Ok. Kita tengok negatif dia pulak ye. Untuk buat degree full time akan mengambil masa selama 4 tahun bergantung kepada course apa yang diambil. Macam haikal amik mechanical engineering. So, 4 tahun konfom dalam tangan untuk buat degree. Haikal akan abis diploma insyaallah tahun 2010 dalam bulan Jun. So, intake ke IPT akan start tahun 2011 bulan Januari. Dari tahun 2011 ditambah dengan lagi  dengan 4 tahun, haikal akan dapat degree tahun 2014 dan time tu umur haikal dah 25 tahun. Soal pokoknya sekarang adalah,

  • Agak-agak korang tak terlalu lewat ke? Maklumlah, umur dah 25 baru nak cari kerja, baru nak kumpul duit. Nak beli kereta, rumah, insuran, bayar hutang PTPTN, tanggung mak abah, duit sekolah adik, simpanan hari tua, kawin. Tu pun kalau dapat kerja la.
  • Grad je nanti konfom ke dapat kerja? Company sekarang lebih mementingkan pengalaman kerja dan comunication skill. Pastu gaji nak demand je. Nak tinggi-tinggi. Last-last jadi kerani.
  • Korang boleh ke stay betul-betul 4 tahun kat U? Korang tau tak kat UiTM Shah Alam berapa ramai budak-budak engineering yang tersangkut kat dalam tu? Semua dah tua berjanggut.

Tu cuma pandangan cetek haikal je la. Entah-entah esok haikal pun sambung study lepas abis diploma. Bukan boleh percaya haikal ni. Hehehe. Tu la. Dulu cikgu pesan suruh belajar rajin-rajin, taknak dengar. Dulu time cikgu ajar addmath haikal bantai tido. Kan skang dah susah. Hohoho. Tapi siyes la haikal memang tak suka lansung dengan cikgu addmath haikal time sekolah dulu.

Ada yang mencadangkan buat PJJ. PJJ stand for pengajian jarak jauh. Maknanya belajar sambil bekerja. Isnin sampai jumaat kerja. Hari sabtu dengan ahad pergi belajar. Tapi PJJ komitmen kena tinggi. Kena bagi komitmen dekat tempat kerja, kena bagi komitmen dekat famili kalau yang dah kawin. Pastu kene bagi komitmen pada pelajaran. Jangkamasa belajar pun sampai 5 tahun. Lama gilos. Kos lagi. Ohhhh~

So, terpulang la kat individu tu kan sama ada nak sambung study, nak terus kerja ataupun nak buat PJJ kalau mampu. Terpulang pada pendapat masing-masing. Jom layan video jap kat bawah.

Dance India Dance

So You Think You Can Dance

Sehati Berdansa

Korang suke yang mana? Haikal suke tengok yang ada kuali tu. Huahuahuahua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: