Best ke Avatar?

Akhirnya, tercapai jugak hajat haikal nak hang out dengan geng-geng orang lamo hari ni. Oh, maksud haikal kawan-kawan time kat sekolah dulu. Dah lama tak jumpa dorang. Dah beso panjang dah semua. Ada yang dah bertunang gituw. Tahniah la ye haikal ucapkan. Haikal bila lagi ek? Wupss. No comment. Hehehe. Walaupun tak seramai seperti yang diwar-warkan di facebook, haikal tetap hepi dan kepada cik aiman, kawan kau dari Macau tu amatlah cun membunuh. Nak kenal dengan dia bulehkah saya?

Time hang out tadi haikal ingat nak ajak diorang tengok Avatar. Haikal dengar orang cakap cerita tu best giler la. So, haikal kene la tengok. Haikal tak berpeluang nak tengok movie tu awal disebabkan oleh keadaan duit yang tak berapa nak mengizinkan. Hoahaha. Haikal sampai je mall diorang tengah karaoke. Pas karaoke diorang sambung main boling. After main boling baru diorang nak tengok tiket tapi malangnya panggung semua dah full. Adoi.

Last-last haikal dengan sorang member ni amik keputusan nak tengok Avatar kat bukit raja, klang. Sanggup tu dari mid valley rempit pergi klang semata-mata demi avatar. Director dia memang patut salute kitorang la sebab kitorang sanggup merempit untuk tengok karya ko weh. hohoho

Ok la. Ni haikal punya review pasal Avatar. Avatar ni haikal rasa boleh la dikategorikan sebagai filem aksi+pengembaraan+sains fiksyen. Kombinasi tiga-tiga unsur tu yang buatkan jalan cerita tu sangat menarik. Grafik pun sangat cantik dan ok. Watak kelihatan sangat-sangat hidup. Haikal jamin korang akan puas hati kalau tengok cerita ni.

Tema filem ni lebih berunsur kepada sifat perikemanusiaan sesama makhluk. Hero cerita ni (Sam Worthington) setuju untuk gantikan tempat adik dia yang dah meninggal dalam projek avatar. Avatar ni lebih kurang macam boneka la yang boleh dikawal dengan gelombang otak je. Wow, canggih kan. Dorang gunakan avatar ni untuk buat hubungan diplomatik dengan puak Navi yang duduk kat planet Pandora tu. Manusia biasa tak boleh bernafas kat planet tu. Sebab tu diorang buat projek avatar. Diorang gunakan avatar tu untuk study pasal puak navi ni.

Cuma, ending cerita dia tak berapa nak best. Haikal harapkan ending cerita tu manusia dengan puak navi bersatu teguh, bercerai kawin lain. Tapi tak. Manusia kalah dengan puak navi. Mana boleh hero kalah kan? Dan agak tak logik jugak la. Manusia pakai kapal terbang, bom, peluru. Macam mana boleh kalah dengan navi yang pakai anak panah dengan binatang-binatang pelik tu je? Pastu boleh pulak hero tu transfer jadi navi. Pengkhianat bangsa manusia betul. Jadi, mesej cerita tu macam dah tak betul. Macam suruh jadi pengkhianat pulak.

Tapi keseluruhan jalan cerita ok la. Pandai director tu garap dari mula-mula start crita, klimaks cerita sampai part ending. Cuma part ending haikal tak minat sangat. Sungguh mendukacitakan saya sebagai bangsa manusia. Hohoho. Haikal bagi markah 8/10 kat movie ni. Haikal takmau cerita banyak-banyak. Sikit-sikit sudah. Nak tau, tengok sendiri kat panggung. Filem ni best! Jom layan preview Avatar sat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: