Semester break

Salam aman buat semua kawan-kawan terchenta sekalian. Diharap korang semua sehat sejahtera la hendaknya ye. Kalau rasa-rasa ada yang demam, selsema ke, batuk-batuk cepat-cepat la korang pergi hospital jumpa doktor. Ingat, H1N1 masih ada disekeliling kita. Ready untuk 2nd wave H1N1. Sentiasa cuci tangan dan amalkan kebersihan. Iklan khas dari kementerian kesihatan. Haha. Ada yang dah start semester baru kan? So, camner kampus? Banyak syok? Hahaha. Yang dah nak masuk kampus, good luck new semester. Yang result dah nak keluar tu, mengucap banyak-banyak la ye. Hahaha.

Dah lama haikal tak update blog sejak start kerja balik ni. Ye la kan. Biasanya haikal update blog pagi-pagi buta. Disebabkan haikal kerja pagi, so tak boleh nak stay up sampai pukul 4~5 pagi. Nanti tak pasal-pasal tertido kat tepi kolam renang. Pastu kena fired. Oh no…. Oh ya, untuk pengetahuan korang, haikal kerja part time swimming instructor ok. Sape-sape nak belajar swimming boleh roger-roger haikal ye. Siyes ni. Tak main-main. Huhuhu.

So, cuti semester ni ape je aktiviti haikal? Haikal tak buat ape pun. Kerja je la. Nak cari duit lebih sebab tahun depan nak kawin angkat henpon baru. Jangan jeles u all~ Haha. Nak ikutkan plan last week hari ahad tu nak jalan-jalan ke penang tapi tak jadi sebab ada sikit technical error. Kalau tak i kat penang u. Tengah makan nasik kandaq dengan papadom. So untuk mengubat hati yang lara tak dapat mai penang nak pekena nasik kandaq, haikal lepak dengan famili je kat bukit tinggi tengok chipmunk 2.

Nak haikal komen ke? Komen sikit la ek. Sikit je. Chipmunk 2 ni ada kelainan sikit sebab ada group tupai pandai nyanyi yang kedua. Chippet nama group tupai tu. Chippet ni tupai betina yang sangat seksi dan hot gitu. Hot ke? Lecturer haikal lagi hot kot. Hahaha. So, chipmunk ni rasa tercabar la dengan group chippet ni. Tu je. Lain-lain masih sama. Ian masih lagi jadi watak antagonis, dave pulak selalu je kena buli dengan chipmunk. So, nak tau cerita ni macam mana, tengok sendiri la ye. Korang nilai la sendiri sebab haikal tak minat sangat tengok chipmunk. Tengok aritu pun sebab temankan adik kecik haikal dalam panggung. Haikal lagi suke tengok avatar.

Oh ya, kepada kawan-kawan, sorry la ye kalau korang ada call atau sms haikal, pastu haikal tak reply or angkat. Sorry sangat. Sebabnya 1st sekali, haikal silentkan henpon tu. Apasal haikal silentkan henpon? Sebab haikal lupa nak masuk mode normal balik lepas keluar wayang hari tu. Sungguh saya tak tipu. Betul-betul lupa. Hahaha. 2nd, sebab kredit haikal tengah kering tahap gurun buat masa ni. Kesian kan? Apa lagi. Mai la celcom RM10…. Dan buat masa ni kan, haikal agak busy la untuk hangout mana-mana sebab sangat busy dengan kerja, jaga anak adik, setelkan insuran motor whatsoever…

So, enjoy holiday korang puas-puas ye selagi masih ada cuti ni. Yang dah masuk sem baru, belajar elok-elok. Dapatkan pointer tinggi-tinggi. Pastu boleh dapat kerja bagus. Pastu boleh belanja haikal sebijik Ducati. Tak mahal pun. Seratus ribu lebih je tak termasuk cukai…. Yang tengah tunggu result tu, doa la banyak-banyak supaya pointer korang bagus. Kalau dapat pointer bagus tu, belanja la haikal CBR600RR sebagai tanda kesyukuran korang ye. Tak mahal. Dalam enam puluh ribu lebih tak termasuk cukai… Hahaha.. Ducati? CBR? Apa tu? Jom haikal kenalkan korang dengan idola haikal ni.

Ducati 1198

CBR600RR

Apa macam geng? Ada minat? Ada bran? Huhuhu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: