Kenapa saya tak suka sambut new year?

Yeah, entry paling panas  dan ganas untuk awal bulan tahun baru. Hohoho. So, amacam tahun baru ni? Azam baru?  Henpon baru?  Motor baru? Awek baru? Harap tercapai la semua azam korang tu ye. Azam tahun lepas camner? Ada tercapaikah? Kalau tercapai tu alhamdulillah. Bagus. Syukur. Malaysia boleh! Kalau tak tercapai pulak camner? Nak bagi alasan gapo? Takpe. Ada cara dia. Caranya korang buat-buat lupa je azam korang  tahun lepas. Haikal pun paham sebab haikal pun macam korang gak. Dulu kononnya nak pakai kawasaki 250 sebelum 2010 tp hahahahahareeemmmmm…

Tu la kan. Tiap-tiap kali new year mesti nak buat azam baru. Nak jadi lebih baik, nak jadi kaya, nak kerja kuat, nak pakai SBK. Last-last azamnya entah kemana. Lebur. Paling lama pun sebulan dua je tahan kan? Azam baru tak semestinya kena tunggu new year. Asalkan kita betul-betul nak berubah, nak jadi lebih maju, kita boleh tanamkan azam baru. Yang penting sebenarnya bukannya azam tu. Yang penting adalah semangat untuk merealisasikan azam yang ditanam. Azam tanpa usaha umpama benih yang disemai tapi tak dibaja, tak diairkan. Sampai bila nak dapat hasil kan?

Ok. Berbalik kepada topik. Kenapa haikal tak suka celebrate new year. Kenapa ek? Actually, haikal tak pernah sambut new year lansung start dari diberanakkan sampaila dah besar panjang la ni. Kalau sambut pun haikal sambut kat rumah je kat depan lappy sambil layan facebook dengan perasaan penuh ghairah. Hohoho. Kalau teringin sangat nak sambut new year pun haikal cuma tengok tv je. Live beb! Haikal tak paham kenapa mereka-mereka semua tu sanggup bersesak-sesak semata-mata nak tengok konsert dengan bunga api sedangkan benda tu diorang boleh tengok live kat tv kat rumah diorang. Lagi best. Tak payah nak sesak-sesak, himpit-himpit. Korang boleh guling-guling lagi kat depan tv. Takde sape kacau. Sama je kan. So what the different?

Dan apa seronoknya sambut new year ni sebenarnya? Haikal tak nampak langsung. Tengok bunga api je? Pastu abis show, balik umah tido. Serupa tengok tv live broadcast je. Aduyai. Kes khalwat malam new year? Haih. Jangan cakap la. Bersepah-sepah. Dari perlis sampai sabah, beratus-ratus kes dah. Rasanya ada lebih lagi kot kalau nak campur yang tak kena cekup. Haikal ingat lagi masa haikal keje 7-11 dulu. Beratur minah-minah beli kondom malam new year. Minah yang beli kondom ok. Bukan mamat. Dan yang sangat mengecewakan semua minah-minah tu melayu, islam. Sedih kan. Isk… Mat rempit? Jangan cakap la. Malam new year tu, jalan-jalan kat malaysia ni mak abah diorang yang punya. Naik motor weng sana, weng sini. Dah terbarai tengah jalan menyusahkan polis pulak nak kutip kepala otak diorang yang bersepah-sepah kat atas jalan. Bohsia? Bohjan? Jangan cakap la. Party buih bhai~

Itulah antara point-point haikal yang buatkan haikal tak suka nak sambut new year. Haikal rasa macam haikal menggalakkan lagi benda tu walaupun haikal just datang nak tengok bunga api je kan. Kenapa 1 januari tak disambut kat masjid-masjid? surau-surau? Kan molek. Kenapa tak disambut new year dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran?Kenapa kita kena ikut cara barat? Kadang-kadang kita melebihkan 1 januari daripada 1 muharram. Kenapa kita, termasuk haikal sendiri setiap kali 1 januari mesti akan wish kawan-kawan kita happy new year padahal tiap-tiap kali masuknya 1 muharram kita tak pernah wish pun kawan-kawan kita happy muharam kan? Sangat menyedihkan.

Sorry la ye kalau ada yang tertouching ke, terasa ke. Haikal tulis entry ni untuk ingatkan diri haikal sendiri jugak. Jangan la taksub sangat dengan malam new year. Tak salah rasanya kalau haikal cakap malam new year tu malam segala dosa. Tak percaya? Korang bukak paper. Baca paper sendiri. Hohoho. Renung-renungkan dan selamat beramal. Lu pikir la sendiri~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: