Isu nama Allah

Sebelum haikal tulis banyak-banyak, kita dengar dulu apa kata Dato Dr. Harun Din pasal isu ni.

Klip 1

Klip 2

Artikel ni haikal copy dan tempek dari berita harian(8 Januari 2010)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan kawalan keselamatan di semua rumah ibadat seluruh negara dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan itu susulan tiga kejadian gereja dibaling bom petrol dalam tempoh 24 jam semalam, masing-masing di Taman Melawati, Petaling Jaya dan Damansara.

“Siasatan rapi sedang dibuat berhubung kejadian ini, namun saya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu kalimah Allah itu.

“Kita juga sedang mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam kejadian ini. Namun, siasatan awal mendapati insiden itu tidak dirancang rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional,” katanya.

Dan apa pula kata pemimpin?

PM kutuk dua insiden kebakaran gereja

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan di di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Beliau mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar polis meningkatkan kawalan di rumah ibadat.

Rasanya ayat ‘kutuk’ tu perlu ditukar kepada yang lebih sesuai macam sedih, kesal dan apa-apa la yang sewaktu dengannya. PM pun kena faham la. Isu ni sensitif. Dah berapa lama islam kat malaysia ni kena main. Kalau nak wat statement pun tapis-tapis la. Statement tu nampak sangat macam PM sokong kristian. PM pun kena faham mengapa gereja tu kene bakar. Kenapa kristian nak pakai nama allah? Dah bosan dengan Jesus Christ? Mesti ada udang sebalik batu.

Haikal punya pegangan, nama Allah memang tak layak dipakai oleh penganut selain bukan islam. Allah itu hak kita. Tuhan kita yang satu. Kita kena pertahankan. Allah itu satu. Tidak ada satupun sifatnya yang sama dengan makhluknya seperti yang Dato Dr. Harun Din cakap. Sama-samalah kita menjaga islam kita. 

p/s : Mana pergi lowyer-lowyer melayu islam yang bijak pandai ni? 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: