Pindah

Malas betul rasanya nak hidup cuti sem ni. Macam tu pulak ek? Hohoho. Mana taknya. Kebosanan tahap terrorist. Nothing to do at home! Oh. Kosong betul jiwa haikal ni. Nak keluar foya-foya, duit takde tak cukup. Member-member pun dah ramai balik kampus. Duduk rumah pun 24 hour online depan lappy, tengok tv (astro, cerita kamu sungguh tak best), tolong mak buat kerja rumah… i rajin tau tolong mak i. Sape-sape berminat dengan i jangan la tunggu lama-lama. Cepat-cepat la masuk minang i. Gurl only. Muahahahaha

Tapi untuk minggu ni, sangat busy.  Untuk pengetahuan korang, haikal akan pindah ke rumah baru ahad ni(10 Jan 2010) kat seksyen 24, shah alam. Jemput-jemput la datang tolong angkat barang ye. Hehe.  Sekarang ni pun haikal tengah type entry ni kat c.c seksyen 24 dekat-dekat dengan restoran mamak tu ha.

So, persekitaran kat sini bagi haikal agak asing la. Maklumla, budak baru. Ada benda yang best dan ada benda yang tak best kat sini. Yang bestnye kat sini dekat dengan mamak, c.c, dekat dengan uptown shah alam, dekat dengan pusat bandar, dekat dengan sekolah, highway, bla bla bla. Semua dekat la.  Coverage P1 Wimax pon ada tau kat sini. hehe. Pendek kata strategik la. Mudah la kan untuk haikal nak jalan pergi mana-mana pun.

Oh, yang tak bestnye, kat sini pagi-pagi lagi jalan dah sesak. Jem abis. Pagi-pagi je dah stress nak hantar adik pergi sekolah. Tak pasal-pasal kene marah budak tu. Kesian. Dia dianiaya oleh abangnya sendiri. Hehehe. Dan kat sini kalau time hujan lebat, boleh kena banjir kilat. Dalam woo. Sampai paras lutut. Tak syok la dengar. Pasni haikal kena la modi moto cbr150r haikal tu jadi motobot. Takpun susah-susah pakai hovercraft je kot..

Jenayah kat sini pun boleh tahan gak. Rumah haikal ni rumah flet 5 tingkat. Bayangkan la sendiri perompak tu boleh pecah masuk rumah tingkat 3. Bukan masuk pakai gate depan tau, tapi panjat ikut tingkap dapur. Panjat pakai apa, haikal pun tak tau. Mungkin dia ni spiderman rasanya. Takpun cicakman mungkin.. Risau la jugak haikal kan. Dalam bilik haikal tu macam-macam harta ada. Lappy, kamera… tu je. tak banyak pun. Dua je. Haha. Satu lagi sebab kenapa haikal kurang berkenan dengan seksyen 24 ni sebab kat sini ramai student UiTM. Jalan asyik nak berkepit je dengan gf/bf memasing. Jeles Menyampah tau i… ;P

So, start ahad ni, dengan rasminye la haikal dah jadi warga seksyen 24. Boleh la haikal slalu lepak kat down town shah alam. Hehe. Oh, satu lagi. Pasni haikal mungkin akan offline dalam lebih kurang seminggu kot untuk proses penyambungan semula streamyx dengan telefon kat rumah baru. Pastu baru la haikal boleh online balik sampai debam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: