Komen tentang isu nama Allah. Salahkah aku?

Bosan betul hidup dua tiga hari ni sejak pindah rumah. Bosan betul duduk rumah. Astro takde. Nak keluar $$$ kering. PTPTN, bila ko nak masuk weh! Tak tau ke aku sangat merindui kamu woi~ Hohoho. Internet pulak nak kena tunggu lagi seminggu baru siap. Nasib baik restoran mamak sini ada wifi. Dapatlah haikal bernafas sikit. Oh~ Hidup haikal tanpa internet memang payah. Perit sangat. Tak boleh nak update blog, baca blog, berfacebook, myspace, YM.. Tempang sekejap hidup haikal seminggu ni.

Sampai mamak tadi, lebih kurang dalam pukul 12.00am ++, terus bukak email. Oh, ada dua comment reply di sini. Jom ushar jap. Tapi kalau korang malas nak bukak pun takpe. Haikal ada tempek gambar kat bawah ni ha. Layan jap.

Komen 1

Klik untuk gambar yang lebih seksi

Komen 2

Klik untuk gambar yang lagi seksi

p/s : Tak pandai photoshop. Edit kat flickr je. Hoho

Salah ke statement yang haikal kat letak kat komen tu? Haikal rasa takde apa yang silapnya. Kenapa? Sebab :

  • Itu adalah pendapat haikal. Lain orang, lain pandangan. Ini negara demokrasi terpimpin ok.
  • Haikal tak rasakan yang komen tu ada unsur-unsur hasutan.
  • Komen tu sekadar peringatan untuk mereka-mereka yang pendek akal time nak buat keputusan.
  • Komen tu rasanya masih dalam kategori berhemah lagi tu.
  • Haikal tak menghukum sape-sape pun dalam komen tu. Baik muslim maupun kristian. Haikal tak kata pun patut mati. Haikal cuma cakap kalau kat tempat lain, dah lama dah…

Mungkin statement dalam komen haikal tu ada sikit salah. Haikal dipahamkan (melalui blog) kristian dibenarkan menggunakan nama allah di negara-negara seperti iraq, mesir dan sebagainya. Well, perlu diingat. Itu tempat orang. Kita dinegara Malaysia ada undang-undang. Dah termaktub dalam perlembagaan agama islam itu agama rasmi. Perlu dihormati. So, macam mana boleh timbul isu ni kan?

Dan apa kena mengena isu ni dengan politik? Apa untung orang politik dapat kalau buat macam tu? Tak kisah la mana-mana parti pun. Haish. Tak faham la haikal. Mungkin sebab haikal tak boleh pergi mengundi lagi kot. Sebab tu tak paham. Hohoho. Rasanya haikal sokong parti mana? Mana boleh bagitau kan. Undi haikal rahsia. Begitu juga dengan anda. Hohoho.

Kesimpulannya, tak salahlah rasanya komen haikal yang haikal tinggalkan kat situ. Kalau korang rasa sebaliknya, terpulanglah kat korang. Masing-masing punya pendapat. Choi~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: