Adakah anda seperti ini?

Adakah korang tergolong dalam semua ataupun salah satu point-point dibawah? Jom terjah~
  • Korang mempunyai laman yang tetap untuk dilawati setiap hari. Boleh dikatakan setiap kali online, korang akan buka beberapa blog. Boleh dikatakan blog yang korang tidak aka terlepas untuk buka pada setiap kali online. Kalau korang online setiap hari, maka setiap harilah blog tersebut akan dibuka.
  • Korang akan buka banyak tab. Ini juga aku rasa antara perkara yang tidak akan terlepas semasa online. Kalau buka satu blog atau dua blog, apa sahaja link yang ada yang menarik perhatian, maka tindakan yang akan korang lakukan adalah ‘right klik -> open in new tab’. Betul tak?
  • Apabila buka blog yang ada lagu yang terpasang lagu secara auto, biasanya korang akan lakukan samada dua perkara, pertama korang akan perlahankan volume korang dengan klik icon volume yang terdapat di sebelah kanan-bawah paparan pc anda. Tindakan kedua, korang akan klik ‘x’ pada sebelah kanan-atas untuk tutup blog tersebut.
  • Apabila korang buka banyak blog dalam tab, (seperti tindakan no 2), tiba-tiba dengar lagu terpasang secara auto, maka korang akan marah dengan berkata dalam hati ‘blog siapa la pula yang ada lagu ni’. Anda akan mencari dan apabila sudah jumpa tab tersebut, maka korang akan tutup blog tersebut dan teruskan aktiviti anda dengan aman.
  • Apabila korang menaip untuk blog, korang akan berasa was-was samada apa yang korang taip itu betul atau tidak, sesuai atau tidak. Dan tidak keterlaluan jika aku katakan ada blogger yang sudah taip entri dan siap, kemudian teragak-agak untuik publish atau tidak.
  • Berblogging adalah antara perkara yang mesti bagi korang, walaupun ada ketikanya korang tidak tahu hendak buat apa dengan blog korang. Terpikir-pikir hendak buat entri pasal apa, hendak letak gambar mana satu, dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan ada kalanya korang semangat untuk berblogging , tetapi akan berasa blur.
  • Apabila korang menaip entri, korang akan membaca entri korang sendiri dahulu 2 atau 3 kali sebelum publish. Dan selepas publish pun, korang akan still baca entri korang itu walaupun korang sudah tahu apakah isinya.
  • Korang baca entri ini dari point 1 hingga 7 akan terdetik dalam hati korang, ‘aahh, betul la,’ untuk mana-mana point atau semua point.

Credit to : Amarhadizabidi

Ya, semua ciri-ciri tersebut ada pada haikal. hahaha. Normal la tu kan? hahaha🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: