Anak-anak melayu kini..

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

sumber : Harian Metro

Kesian pakcik ni. Dibuang anak sendiri.

Tak cukup dengan trend buang anak, segelintir belia melayu malaysia sekali lagi mewujudkan satu lagi trend baru, buang bapak pulak. Sangat menyedihkan sebab perkara ni berlaku kat negara ni yang majoritinya melayu islam dan kononnya penuh dengan budi bahasa dan sopan santun.

Lebih menyedihkan, anak lelaki yang buang bapaknya sendiri sebab ikut cakap bini. Takut bini kot. Queen control mungkin. Anak lelakilah sepatutnya membela nasib orang tua mereka. Ini tak. Buang tepi jalan je macam buang kucing. Hoi, kau ingat bapak kau binatang ke hah?! Kalau ye pun tak mampu nak tanggung orang tua tu hantarlah orang tua tu kat rumah kebajikan ke, rumah orang tua ke. Ini tak. Campak tepi jalan je. Nauzubillah. Janganla benda ni jadi kat aku nanti. Simpang malaikat. Esok jangan nak salahkan anak kau kalau diorang buat benda yang sama kat kau. Kalau dia hantar kau kat rumah orang tu alhamldulillah. Kalau dia campak je kau tepi longkang, ha, lu pikirlah sendiri.

Renung-renungkan dua hadith kat bawah ni.

  • Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”.
  • Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah TANDA-TANDA KIAMAT

sumber : http://newyorkermen.multiply.com

Mungkin dunia dah nak kiamat. Mungkin. Bertaubatlah wahai anak-anak derhaka selagi masih sempat. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan jugak untuk visitor-visitor. Peace.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: