Cerita kedai kopi (part I)

Minggu depan nak start kelas dah. Last semester pulak tu. Ouh.. Perit, derita, sengsara…. hahaha. Semalam selesai sudahlah urusan daftar mendaftar modul + jumpa geng-geng poli yang dah 2 minggu lebih tak jumpa. Pergi karok tak ajak aku wei~ Camni la member. Takpe la korang. Hoho. Lepas daftar, kami lepak-lepak di sungai kurus(slim river), makan-makan, beli pin UPU(oh!), terus haikal shoot balik rumah sewa kejap. Lepak-lepak + usah jiran baru(semestinya para gadis) + lepaskan rindu kat housemate. Wohoohoho.

Oh, lepas tu dalam pukul 2pm haikal terus gerak balik KL. Destinasi seterusnya lembah tengah(mid valley lorr). Sebenarnya, haikal lupa haikal kena jumpa sorang member ni. Member lama. Nasib baik teringat. Hahaha. Dalam pukul 3.00pm ++, lepas tawaf satu mid valley, jumpa jugak la parking. Ni aku nak komplen kat management mid valley, korang buat parking lot banyak skit boleh tak? Susah betul nak cari parking. Kalau aku nak terberak time tu, dah terberak kot. Siyes. Ikutkan hati aku nak je parking dalam kuil hindu depan mid tu. Hohoho.

Dikontotkan cerita, jumpe la member haikal sorang ni. Fahizah a/p shamsudin nama dia. Klik untuk lawat dia. Wei fieza, aku promote blog ko woi~ Antara dialog terawal di lembah tengah :

Fieza : Kallllll, ko dah gemuk laa.

Haikal : Mana ada gemuk bhai. Gua maintain slim gitu. Eh, lu dah tinggi ek?

Fieza : Bodo la ko. Aku Pakai kasut tumit tinggi 14 inci.

Haikal : Huahahahahahaha.

Fieza : Ko penah rasa makan kasut tumit tinggi cicah asam pedas tak?

Haikal : Huahahahahahahaha (Not Responding)

p/s : Dialog ditokok tambah untuk menyedapkan ceritašŸ˜›

Ko still gila macam dulu la fieza. Takde ubat untuk ko. Boleh la ko join persatuan kanak-kanak terencat akal semenanjung. Keahlian percuma bhai~ Huahahahaha. Sebenarnya dah lama haikal tak jumpa dia. Ada dalam +/- 3 tahun jugak la. So, sembang agak lama semalam. Antara topik-topik yang didiskusi:

  • MLM, rasionalkah ?
  • Kuota IPT untuk budak-budak lelaki. Wajarkah?
  • Aku benci lelaki. Apekah?
  • Avatar (Pokok Eywa). Mesti tonton!
  • i phone vs LG vs Nokia
  • KLUC vs Uniten vs Tanjung Malim vs Poli vs IPTA
  • Keruntuhan akhlak remaja. wat??
  • Kuantan vs KL vs Soromban

Banyak lagi kot. Tak tercapai dek jariku nak taip semua. Hoho. Apapun seronok jumpa ko semalam mangkok walaupun wayar bumi ko dah takde. Tak pun lupa dipasang mungkin. Dan dan dan, jangan kutuk blog aku ye. Penggunaan bahasa malaysia aku sangat bagus disini. Aku tau ko sangat dengki. Hashashas.

Owh, jom layan video ni sama-sama. Siap ada lirik lagi. Jom nyanyi sama-sama. Cerita kedai kopi. Wuhuuu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: