Hello politeknik!

Nak dekat sebulan cuti semester, akhirnya kembali jugak haikal ke pangkal jalan. Haha. Semalam, haikal telah selamat sampai ke hatyai tanjung malim lebih kurang dalam pukul 11.00pm lebih. Sampai tanjung malim terus haikal lepak dengan jiran-jiran dan member-member minum kopi. Rindu sama mereka woo~ Dan, gadis-gadis poli yang lepak kat kedai makan semalam sangat seksi dan hot. Oh, syurga…

Ok. Cukup untuk perenggan menggatal. Tahun ni haikal dah berada di tahun akhir ye. Semester 6 sudah. Dah jadi super duper senior. Bangga beb. Hehehe. Haikal tak duduk kamsis. Haikal duduk luar. Sewa rumah kat area behrang 2020. Cukup jelik tengok segelintir budak-budak yang baru nak kenal dunia ni (semester 2). Maklumlah, 1st time duduk luar. Mak abah takde kan. So, dunia ini ente yang punya. Yaribba~ Weng sana, weng sini. Setakat rxz, 125z tak payah la korang nak tarik-tarik bakar-bakar depan simpang empat tu. Meluat bhai. Kalau korang jatuh tergolek memang haikal orang 1st tepuk tangan. Motor haikal lagi power kot. Takde pun nak kecoh-kecoh. Hohoho. Panas panas panas.

Banyak ura-ura yang haikal dengar pasal politeknik ni. Memang la sebab haikal pun study kat situ kan? So, ada apa dengan poli ni? Best ke poli? Bagus ke poli? Bukan poli ni tempat untuk budak-budak yang tak dapat masuk U@matrik ke? Politeknik ni selalu jadi pilihan terakhir untuk budak-budak lepasan spm apply kalau diorang tak dapat tempat kat U ataupun matrikulasi. So, poli ni kira macam kelas dua la. Last choice. Betul ke kitorang ni kelas dua? Oh, jangan buat andaian terlalu awal ye. Jom baca.

Politeknik Akan Dinaikkan Taraf Setanding Universiti

Standard politeknik akan dinaikkan untuk membolehkan mereka menawarkan kurus ijazah kepada para pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khalid Nordin berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Politenik untuk menjalankan kajian terhadap cadangan tersebut secepat mungkin.

Beliau berkata langkah tersebut juga bertujuan memperbetulkan persepsi bahawa politeknik adalah institut “peluang kedua” bagi mereka yang tidak dapat memasuki universiti awam.

“Pada masa ini, politeknik menawarkan kursus diploma. Kita mungkin akan menaikkan standard tiga atau empat politeknik untuk peringkat awal dengan membolehkan mereka menawarkan kursus ijazah.

“Kita mensasarkan supaya politeknik berada setaraf dengan universiti awam, untuk dijadikan sebagai alternatif kepada pelajar,” kata beliau selepas  melancarkan anugerah pelajar cemerlang Parlimen Pasir Gudang, Johor, semalam.

Mohamed Khaled, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata kementerian tersebut juga mempertimbangkan untuk menawarkan tempat yang lebih banyak di politeknik, kerana sejumlah 120,000 orang telah memohon, dan hanya 20,000 tempat ditawarkan.

Beliau berkata, jumlah permohonan tersangat tinggi kerana pelajar politeknik lebih mudah untuk mendapat kerja selepas tamat pengajian.

“Sesetengah politeknik dijangkakan akan menekankan kursus-kusrus utama seperti diploma teknologi maklumat (IT), dan juga mempertingkatkan kerjasama dengan universiti.”

Tentang penyusunan semula peperiksaan SPM dan STPM, Mohamad Khaled berkata tindakan tersebut akan meningkatkan kualiti pelajar yang memasuki universiti.

credit to : firdaus rosli

Pada masa akan datang, politeknik akan menyediakan kursus ijazah jugak ye walaupun tak semua tapi masih setaraf dengan IPT yang lain jugak kan? Cuba tengok kat bawah ni antara 200 pusat pengajian terbaik di dunia.

6. Imperial College, London

9. Massachusetts Institute of Technology, US

22. King’s College, London

24. Swiss Federal Institute of Technology, Switzerland

34. Ecole Polytechnique, Perancis

49. Trinity College, Dublin

50. Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland

54. Dartmouth College, US

61. Tokyo Institute of Technology

66. London School of Economics

83. Georgia Institute of Technology

95. Korea Advanced Institute of Science & Technology

109. Technion— Israel Institute of Technology

154. Indian Institute of Technology, Delhi

173. KTH, Royal Institute of Technology, Sweden

174. Indian Institute of Technology, Bombay

174. Rensselaer Polytechnic Institute, US

Credit to: Firdaus Rosli

Kebanyakan daripada list tempat pengajian kat atas tu tak pakai nama universiti pun. Banyak yang pakai institute, school, kolej. Politeknik pun ada. Politeknik kat luar negara boleh beat universiti tempatan diorang tau. Kenapa tak kat negara kita kan? So, bila lagi nak mula kalau tak start dari sekarang kan wahai student-student poli. Mari berusaha. Gambate!

Note : JKM PSAS sangat cantik dengan cat baru. Jangan jeles ye.

2 Comments »

  1. aien~ Said:

    haikal, senior psas yerk? hehe. dulu pnah msuk psas for 3weeks. ehee:)


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: